Berkorban, terkorban atau dikorbankan..siapakah?
UMNO....
Tiap kali pemilihan sering terdengar ..akar umbi..akar umbi!!! Kehendak akar umbi!!! pandangan dari akar umbi!!!..
Ye ke!!!
Kalau dari akar umbi cam mana leh terdengar sayup-sayup..wang!! wang!!! bergaung-gaung!!
Tu ler citer akar umbi!!!
Tapi bila penamaan calon dan pembahagian kerusi pilihanraya...semangat setiakawan didahulukan, akar umbi tinggal akar umbi!!!..pasal akar umbi dah letakkan mereka2 ni dipucuk..harapkan pucuk2 ni dapat sedut oxigen yg berseh dan sehat utk akar umbi..tapi pucuk2 ni rasa setiakawan dari pucuk2 daun dari pokok2 yg lain diperlukan...
Sapa terkorban, sapa dikorbankan..sapa berkorban!!! ...melayu pun layu.
UMNO bukanlah BN..BN bukanlah UMNO.
Bila pucuk berada dalam BN..setiakawan diutamakan, akar umbi dikorbankan..kawasan selamat yg penduduknya majoriti Melayu, diserahkan pada rakan2 pucuk. Yg kemudian akar umbi dikerah utk kempen mati2an utk pucuk yg tak berapa setia ..kawan yg tak setiakawan, menunggu masa utk menikam, ugutan demi ugutan..
UMNO sangka BN tu UMNO dan brtungkus lumus pertahankan keputusan BN, sangka keputusan BN ialah keputusan UMNO..padahal BN bukanlah UMNO, keputusan bukan berasaskan akar umbi UMNO tapi keputusan berasaskan setiakawan pada kawan2 yg manja dan tak berapa setia...lebih banyak meminta2 dari membantu!! malah ugut nak keluar dan join PAKATAN jika tuntutan tak dipenuhi..SETIAKAWAN!!!!! pehhh..
Sejak merdeka...hingga hari ni..pengorbanan demi pengorbanan dilakukan, dari kerakyatan..diajak brkongsi kuasa..berkongsi kekayaan ( nak RM30 je dan RM 70 lagi dikorbankan)..sekarang secara berlapik mereka mahu bangsa Melayu dikorbankan, bahasa Melayu dikorbankan, agama org Melayu dikorbankan, raja2 melayu dikorbankan..kawan2 setiakawan ni berkata ..yob!! takkan tak boleh, 1 Malaysia katakan..atau kami nanti keluar BN dan join PR, haa amacam!!
Bangsa Melayu dah lama dikorbankan..sekarang ni disebut bumiputera!! Jika sebut perkataan "melayu" pasti dituduh rasis..dan pucuk2 ni takut dituduh rasis!!
Tapi mereka mahu bangsa Cina, bangsa India terus dibunyikan..dan dimertabatkan!!! ( pasal tu ratusan juta diperuntukkan oppss rasanya billion kut)..
Pucuk2 ni takut bebenor..padahal yg medokong mereka ialah akar umbi, bukannya pucuk2 yg menumpang!! Kenapa perasaaan akar umbi tak dijaga..tak tahu ke, kalau akar umbi diracun dan kering..pucuk pun akan layu!!
wahai pucuk2!!! kamu ada satu bangsa dibelakang kamu!!
Sapa terkorban, sapa berkorban, sapa dikorbankan....PAS...
Bila pemilihan..cogankata ni sering diucapkan..Kepempinan Ulamak..Ulamak waris ambiya'...barisan pemimpin yg selalu brkot tie..buang kot buang tie, pakai ketayap..pakai baju melayu..nampakkan ciri2 kasihkan agama..
Akar umbi disemarakkan ngan semangat Islamik..berdebar2 sekeliannya melihat barisan ketokohan ulamak2 harapan mereka dunia dan akhirat..mana2 tahu dapatlah sekumit barkah dan syafaat kelak!!!
Sapa terkorban..sapa dikorban..sapa berkorban...Melayu dan Islam..ulamak2 ni telah lama korbankan bangsa Melayu, kerana mereka bukan lagi melayu..mereka ialah bangsa yg tdak bernama beragama Islam..maklum ler ngaku melayu, pejuangkan nasib bangsa dihukum sebagai mengamalkan assobiyah!!
Mursyidul Am, brusaha ubah istilah ulamak yg mana golongan professional ( dulu tentang pendapat Astora Jabat) juga adalah alim ulamak..meluaskan tafsiran ulamak..agar barisan yg dikenali "org2 Anwar" pun boleh dapat gelaran ulamak..nampaknya gagal..
Cubaan mengorbankan dan menyembelih akar umbi..agak gagal.
PAS dalam PR...
PAS bukan PR, PR bukanlah PAS..bila PR menang, ahli2 PAS brsorak seolah2 ISLAM telah menang ..menang jihad!! walaupun yg menang tu adalah DAP, PKR.. Tapi apakah diPenang, di Selangor, di Perak (dulu)..setiakawan yg tak setia ni ambik perkara pasal Islam pasal PAS, pasal Melayu??? nampaknya setiakawan didahulukan..akar umbi PAS diabaikan.
Bila DAP, PKR ..pempin2nya..buat kesilapan atau kesalahan..PAS dan ahli2nya bertempik mempertahankan walaupun nyata dan jelas kesalahan mereka. Yg bersekedudukan haram dibela, yg bersekongkol ngan kongsi2 gelap dan jenayah didiamkan, segala rasuah dan salah laku dimaapkan..Yg berbohong terang2an..Yg sedang dituduh meliwat ( lum lagi diadili) dibela seolah2 trtuduh difitnah sedangkan tiada sebarang siasatan yg mereka lakukan pun..yg terang2 bersekongkol ngan yahudi..dipejamkan mata.
wahai ulamak2 ..waris2 ambiya'..apa yg perlu kamu takutkan..jika benar kamu pewaris ambiya' maka Allah swt bersama2 kamu..tentanglah segala jenis bentuk kebatilan walaupun dari rakan setiakawan yg tak berapa setia tu!!! Jgn garang ngan UMNO je..tapi ngan Liza Wong, Teresa Kok, senyap terkedu..takkan tak tahan kut, melihat kulit2 yg putih tu..atau takut ngan Abang Anwar.. Abg Anwar, Selangor pun bagi RM1 je gajinya, apa ler nak takut!!
Sapa terkorban..sapa berkorban..sapa dikorbankan..melayu dan Islam
..Berkorban apa saja, demi diri sendiri..walaupun bangsa, agama, dan negara
..apalah lagi yg nak dikorbankan!!
....Qurbani