Dengor desas desus..bahwa generasi muda bakal mempengaruhi PRU13..
Kabornya..generasi muda dah penat ngan kerajaan yg sedia ada, kononnya dah terlalu lama merintah..dan kempen2 kerajaan yg sedia ada hari ni, mereka dah cemuih..
Kononnya mereka inginkan kerajaan yg lebih sihat, wibawa, dan bersih...
Konon2nya..................
___________
Benarkah?
Kerajaan yg merintah tu dah lama..tul ler tu. Tapi jgn lupa pihak pembangkang pun dah lama. kedua2 pihak masih terbelenggu ngan konsep dan pendekatan yg sama.
Kabor agar diberi peluang pada pihak pembangkang utk buktikan kewibawaan, "kebersihan", dan sihatnya mereka atau kelainan yg diharap2kan ngan menukarkan kerajaan yg sedia ada..rasanya "pilot test" penukaran telah pun dibuat, peluang mereka menunjukkan prestasi yg lebih baik dari kerajaan yg digulingkan melalui pilihanraya telah pun diberikan.
So masing2 pandai2lah menilaikannya..walaupun mereka ni memberikan alasan tak dapat berfungsi spt mana yg dijanjikan adalah kerana tidak diberikan peluang menguasai kerajaan pusat. Alasan mereka juga, kerana tidak memiliki kerajaan pusat, segala perancangan mereka tergendala termasuklah menurunkan harga minyak..tidak dapat laksanakan hudud kerana tidak dapat menguasai kerajaan pusat. So matlamatnya mestilah menguasai kerajaan peringkat pusat!! tu yg mereka jajakan!!! Dengan terus menerus menyerang GLC2, badan2 berkanun utk buktikan bahwa semua mereka ni dikuasai oleh kerajaan Pusat.
Apa yg akan terjadi bila kerajaan Pusat dikuasai..mungkin mereka rasa, ngan kuasa kerajaan pusat, mereka leh menguasai semua agensi2 kerajaan, leh kuasai semua GLC, badan2 berkuasa spt POLIS, mahkamah, PBT2 dll..termasuklah sekelian Sultan2 dan yg diPertuan Agong... Mereka sangka semua agensi2 ni dikuasai oleh UMNO/BN yg mana secara tidak langsung CEO2 mereka, chairman2 mereka adalah dari kalangan ahli UMNO/BN..gitu juga para pengarah2..atau pun setidak2nya mereka ni "friendly" party. So jika pembangkang berjaya..dalam tempoh 1 atau 2 tahun atau selama 1 penggal ialah penukaran jawatan2 penting..dalam masa tu tidak akan ada apa2 perubahan pun..
Senario penguasaan kerajaan negeri pun sudah cukup..penukaran JKK, penukaran AJK2, pengerusi dan imam masjid dan surau..ahli2 majlis daerah sehingga kepada komiti2 pasar malam sekali pun..abis semua ditukarkan.
Tapi..apakah masalah2 yg dikatakan masalah akan selesai??? PAKATAN juga tidak secara jelas memberitahu apa perancangan mereka dalam menangani masalah remaja, masalah sosial, masalah jenayah,masalah rasuah.malah pada kesinambungan kemakmuran Islam dan bangsa Melayu-Bumiputera. ( mungkin tak leh diwar2kan kerana takut diambil guna oleh kerajaan yg sedia ada- spt cara utk turunkan harga minyak) ..pada pandangan aku, penurunan harga air rasanya lebih mudah dari penurunan harga minyak...tapi spt biasa seorg penasihat ekonomi trbilang tentu mempunyai rahsianya yg trsendiri..dan sememangnya beliau ada banyak rahsia.
_______
Golongan remaja/muda- generasi DEB-sentiasa dimuntahkan ngan semua macam masalah kerajaan, pengurusannya, pentadbirannya, kecekapannya dan kebocorannya..tetapi punca masalah tidaklah dikaborkan ngan jelas dan terang (maklumlah ahli2 politik)..
Segala masalah diciterkan sehingga rakyat rasa meluat, marah, sedeh, dan kebiasaannya "berlebih2" sehingga rakyat rasa seluruh kerajaan dan pegawai2nya adalah korup..dan kini bukan generasi muda malah generasi lama juga terkesan..org2 kampung pun dah pandai cakap pasal rasuah, kronisme, nepotisme, kabel2..
Dan mereka berjaya menjadikan UMNO sebagai punca segala masalah!!!! Kelembapan UMNO menerangkan isu sebenar, lemah, tak cergas sesuai le sebagai parti yg dah tua kerepot walaupun sebaya ngan PAS, DAP, dll..menyebabkan rakyat khususnya generasi muda percaya..bahwa UMNOlah punca semua masalah!! UMNO punca tragedi 13 Mei..UMNO punca keretakan perpaduan kaum..UMNO punca gejala sosial dan remaja...UMNO punca meningkatnya jenayah..UMNO punca rasuah..UMNO tu perompak dan lanun di Malaysia..UMNO punca bertambahnya bilangan murtad..UMNO punca seks bebas, buang anak dll..UMNO lah punca segala2nya.. Hari ni sedar atau tidak UMNO diserang dari semua penjuru..dari luar yakni PAKATAN malah dari dalam yakni parti2 komponen.
UMNO lah punca segala masalah..PAKATAN adalah solutionnya..inilah yg sedang dipahat didalam pemikiran rakyat Malaysia!!
Malah ada melayu yg anggap KETUANAN MELAYU/KEDAULATAN MELAYU/KETUANAN ISLAM DAN KEDAULATAN ISLAM merupakan permainan politik UMNO sahaja..UMNO merupakan parti perkauman..rasis..dan pencetus segala jenis huru hara diMalaysia ni.
So apa UMNO nak buat???
__________________
Tapi apakah sebenarnya yg berlaku??
Kerana kelalaian kita..bukannya UMNO, bukannya PAS, bukannya sesapa..tapi kita yg lalai..
Generasi muda/Generasi DEB hari ni sebenarnya sedang dikuasai oleh batil!!!sedikit demi sedikit...isu2 hak asasi, isu2 kebebasan, isu2 hak sama rata yg dipengaruhi oleh batil sedang menyelinap masuk kedalam pemikiran mereka..
PAS bukanlah pilihan popular mereka..PAS faham hal ni, sebab tu walaupun disekeh, dikencing, dihina ..mereka tetap berpaut ngan DAP, dan PKR.
Generasi DEB mahukan hak sama rata tanpa mengira kaum, agama, dan jenis jantina..mereka mahukan kebebasan..kebebasan hubungan sesama jenis..bebas buat apa yg mereka suka..
Ada gak berpendapat agama semua sama saja..malah Allah swt adalah milik semua maka bebaslah mana2 agama utk gunakan nama Allah dalam penulisan mereka dan penyembahan mereka..PAS kerana inginkan sokongan dan undi, terpaksa akur walaupun bercanggah ngan kehendak Allah swt dan RasulNya..
UMNO, PAS, dan sekelian NGO2 Melayu kena bergerak cergas beritahu pada generasi2 DEB akan amaran2 Allah swt dan RasulNya tentang musuh2 Islam.. ni bukanlah isu perkauman..tapi ni adalah amaranNya dan rasulNya..org2 kapir khususnya yahudi dan nasrani tidak akan sekali2 senang ngan kita org2 Islam selagi kita tidak menuruti jalan2 mereka. Dan umumnya Melayu adalah org2 Islam..dan org2 Cina, India adalah org2 kapir.
Kita perlu khuatir tentang ketuanan Islam kita, kedaulatan Islam kita..Islam ni universal, tapi bukan universal ikut fahaman yahudi dan nasrani..
Sebenarnya..semakin hari semakin banyak kita korbankan nilai2 Islam kita. Pergaulan lelaki dan pompuan yg bukan muhrim semakin dianggap biasa...walaupun sopompuan trsebut bertudung labuh dan silelakinya berkopiah..brtudung labuh, brkopiah bukan lesen utk melanggar perintah2 Allah swt.. KITA KEMPEN KEBEBASAN DALAM ISLAM kononnya..
Kita buat konsert Islamik..yg mana pompuan2 brpakaian sopan, brtudung memenuhi pentas melengok2 menghayati lagu Islamiknya, brpisah ngan group lelakinya..pisah dalam 1,2 horn je..SENI MUZIK DALAM ISLAM..ISLAM ni Liberal...
Penceramah2 dan pemidato2 dari kalangan pompuan brcambah..malah diduduk sebaris ngan penceramah2 dan pemidato2 dari kalangan lelaki ..jadi tatapan ribuan penonton..gambar2 dijadikan poster2..dijadikan pemimpin2, dan sekarang menuntut jawatan2 pengarah, ceo dsb utk wanita...dan hari ni kita benarkan...PAS yg dulunya sangat bertegas dalam bab ni, tapi kerana melihat undi pihak wanita sangat tinggi, maka telan je ler..kononnya ISLAM MENGIKTIRAF WANITA...kita terkesan dakwaan org2 kapir bahwa Islam menindas wanita2nya, wanita tidak diberikan kebebasan. HAK ASASI DALAM ISLAM...
Dan baru2 ni, kerana tak mahu dilabelkan sebagai "TALIBAN" atau terrorist..lagi lah sungguh2 kita nak menampilkan "liberal"nya kita..dan kita gitu sungguh2 mahukan pengiktirafan org2 kapir diatas kita..dan sungguh2 kita korbankan satu demi satu perintah2 Allah swt dan rasulNya ngan melonggarkan sedikit demi sedikit..sehingga kita benar2 berada dihujung sempadan antara Islam dan kufur.
Jika yg inginkan Islam dan kononnya mencintai Islam sedikit demi sedikit akur ngan tekanan org2 kapir ..sedikit demi sedikit akur kononnya ada gak kebenaran dari kata2 org2 kapir..sedikit demi sedikit mula mengambil pendapat2 org2 kapir disamping ayat2 AQ dan hadis baginda saw..
Bayangkan apa yg sedang melahap pemikiran generasi2 muda, generasi2 DEB sekarang ni..
DAP, PKR, MCA, MIC dan sekelian parti2 diMalaysia yg berlandaskan sosialism, sama rata, sama rasa, perkauman sebenarnya bukan tidak senang ngan Melayu tapi tidak senang ngan Islam..jika Melayu2 tidak lagi amalkan Islam maka barulah mereka kata Melayu ni dah maju, brfikiran luas, moden, bebas..yakni bebas dari belenggu Islam.
Tak percaya...tengoklah sendiri jika ada wanita Islam yg bekerja dipejabat anda yg begitu jaga batas2nya..apa tanggapan anda pada org ini. Bukan tanggapan org2 kapir, tapi tanggapan anda..
Gitu juga ada lelaki Islam yg benar2 jaga batas2nya..apa tanggapan anda.
Apa sebenarnya yg berlaku sekarang ..Malaysia melalui demokrasi sedang dibawa arus kedalam kekufuran dan kemurtadan tanpa keluar dari Islam..
usah abaikan amaran Allah swt dan RasulNya...kelak yg binasa adalah kita.
-aa-